Activities

1 June 2023

Perbincangan bersama NGO Pantera Malaysia

kolaborasi untuk menjalankan kajian dan penyelidikan hidupan liar di Hutan Simpan Kekal di dalam Konsesi KPKKT. Hasil kajian yang lalu, KPKKT telah menerima keputusan yang amat baik dalam pemuliharaan hutan dengan penemuan pelbagai spesies hidupan liar yang terus membiak dengan baik. Dengan perbentangan yang dijalankan, KPKKT mampu untuk mengekalkan kelestarian dan ketekalan hutan di samping menjana pendapatan yang konsisten kepada Negeri Terengganu. Oleh yang demikian, satu kajian baru akan di jalankan lagi di kawasan yang lain pula untuk melihat perkembangan hidupan liar seterusnya menghasilkan satu report kajian untuk kebaikan bersama.