Activities

20 June 2023

Seminar Global Timber Index (GTI) For The Malaysian Timber Industry

KPKKT selaku satu organisasi industri perkayuan telah dijemput untuk menghadiri Seminar on Global Timber Index ( GTI ) for the Malaysian Timber Industry pada 20 Jun 2023 di Malaysia International Trade And Exhibition Center (MITEC), Kuala Lumpur. Seminar ini telah dianjurkan oleh Kementerian Perladangan Dan Komuniti bersama Majlis Kayu- Kayan Malaysia (MTC) yang bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan status pelaksanaan Platform GTI serta impaknya kepada industri perkayuan negara. Malaysia merupakan salah satu negara ahli ITTO daripada 74 buah negara pengeluar dan pengguna kayu tropika. ITTO merupakan organisasi antara kerajaan yang mempromosikan usaha pengurusan dan pemuliharaan hutan tropika yang mampan serta perdagangan antarabangsa kayu dan produk kayu tropika secara sah.