Activities

10 April 2023

Majlis Ifthar Jamai'e KPKKT

Majlis Ifthar Jamai'e KPKKT yang telah diadakan pada 19 Ramadhan 1444H yang bertempat di Perkarangan pejabat KPKKT dengan lebih 150 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Ustaz Saiful Bahri, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPKKT, kerana sudi memeriahkan majlis kita ini. Turut hadir bersama dalam majlis ini, ahli-ahli lembaga pengarah KPKKT, CEO Golden Pharos Berhad, wakil dari Terengganu Inc, dan Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan (PHDTS) serta Warga Pejabat Renj Durian Mas dan Cheneh.Yang diraikan, Adik-adik Pelajar Asrama Pra Tahfiz Perkaya Dungun serta Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau sekitar DTC dan seterusnya warga kerja KPKKT. Terima kasih di ucapkan kepada Ajk-ajk yang terlibat dalam menjayakan program ini semoga ukhwah yang dibina berkekalan selamanya.