Activities

6 October 2023

Program Walking With Giant KECV Hulu Terengganu

Golden Pharos Berhad dengan kerjasama Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu dan Pesama Timber Corporation serta anak syarikat lain telah berjaya melaksanakan program WALKING WITH GIANT pada 6 Oktober 2023 di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Golden Pharos Group telah memberi sumbangan kepada KECV sebanyak RM50,000 untuk membantu sedikit sebanyak operasi KECV dalam mengekalkan kelestarian Gajah di Terengganu.Sumbangan dan penganjuran program ini adalah bagi memenuhi kriteria persijilan Forest Stewardship Council (FSC) dengan memenuhi keperluan dalam prinsipal: Principal 3 :- Memenuhi dan melindungi hak-hak penduduk pribumi Principal 4 :-Memenuhi dan melindungi masyarakat dan hak pekerja Principal 10 :- Memenuhi keperluan ekonomi, alam sekitar dan polisi sosial, objektif dalam pematuhan keseluruhan prinsip dan kriteria persijilan. Sehubungan dengan itu, program ini dapat memberi pendedahan tentang keperluan dan kepentingan hidupan liar kepada masyarakat. Sekaligus, program ini dapat menjurus kearah Pendidikan kepada masyarakat mengenai keperluan dan kepentingan dalam biodiversity dan rantaian kehidupan di dalam sektor perhutanan dan pembalakan. Seramai 270 peserta terlibat dalam program ini termasuk Ahli Lembaga Pengarah, pekerja-pekerja dan jemputan istimewa daripada pelajar Ppdk Bkt Besi dan masyarakat orang asli Ulu Pergam. Tahniah dan terima kasih kepada urusetia yang terlibat dan peserta yang menjayakan progran ini.