Activities

25 October 2023

Lawatan Ke Chengal Besar

Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, & Perubahan Iklim, YB Dato' Razali Bin Idris.Lawatan ini bertujuan untuk membawa YB Exco untuk melihat sendiri potensi yang ada di Cengal Besar untuk dijadikan Projek "Community-Based Tourism" kepada kawasan sekitarnya. Turut hadir bersama wakil-wakil dari Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Dungun, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu -JPNT, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu, Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS dan pengamal media. Terima kasih juga kepada Urusetia KPKKT yang telah mengatur dan merancang lawatan ini... Terima kasih jua kepada team Padat Dungun yang telah menyediakan sokongan logistik di sepanjang lawatan ini.