Activities

22 November 2023

Pesta Sukan Muhibbah Kumpulan Golden Pharos 2023

Sebanyak 8 Kontijen yang terdiri daripada anak-anak syarikat Kumpulan Golden Pharos dan kontinjen jemputan dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu - JPNT & Terengganu Incorporated telah menyertai pesta sukan kali ini iaitu bersamaan dengan 450 orang atlet. sebanyak 10 acara dipertandingkan dalam episod pesta sukan kali ini iaitu, Futsal, Bola Jaring, Congkak, Dart Lelaki, Dart Wanita, Sepak Raga Ratus, Badminton, Ping Pong, Sepakan Gol Wanita dan Perlawanan VIP Dart. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah mengambil bahagian dalam pesta sukan kali ini. Diharapkan semua atlet dapat menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat sesama atlet2 yang lain. Bagi Pesta Sukan ini, KPKKT telah membawa pulang piala Juara Keseluruhan Peringkat Kumpulan Golden Pharos dan juga telah merangkul Piala Perbarisan Kontinjen Terbaik... Manakala JPNT A telah menjuarai Piala Keseluruhan Pesta Sukan. Saudara Amir dari GP Forest Plantation telah memenangi cabutan bertuah utama iaitu sebuah motorsikal jenis SM Sport. Terima Kasih tidak terhingga kepada semua penaja yang telah memberi sokongan untuk penganjuran kali ini baik dari segi kewangan mahupun barangan. Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam pesta sukan ini yang telah bertungkus lumus lebih 1 bulan bagi menjayakannya. Terima kasih juga kepada Pengerusi Golden Pharos Berhad, YM Tengku Hassan Tg Omar kerana sudi merasmikan Pesta Sukan kali ini. YM juga turut menjadi salah seorang atlet yang menyertai acara Ping Pong mewakili Golden Pharos Berhad.