Activities

19 December 2023

Malam Anugerah Penghargaan Kakitangan KPKKT 2023

Dengan bertemakan Arabian Night, KPKKT dengan jayanya telah melaksanakan Malam Anugerah Kecemerlangan Kakitangan KPKKT 2023 di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu pada 19 Disember 2023. Malam ini merupakan malam untuk meraikan warga KPKKT yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun untuk mengejar target yang telah ditetapkan. Beberapa anugerah telah disampaikan pada malam tersebut iaitu, Anugerah Khidmat Setia 30 Tahun (9 Penerima), Anugerah Pekerja Terbaik Jabatan 2022 (6 Penerima) dan Anugerah Pekerja Cemerlang 2022, disandang oleh Saudara Khairi Hafiz Bin Ghani. Turut diraikan, Encik Samat Bin Salleh yang akan bersara pada 31 Disember 2023 dan beberapa pegawai yang telah bertukar dari KPKKT ke tempat yang baru. Malam ini bertambah meriah dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah KPKKT, Ustaz Saiful Bahri dan juga Ahli Lembaga Pengarah yang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad, Dr MZaki Hamzah.Semoga warga KPKKT terus produktif dan maju untuk tahun yang mendatang dengan momentum dan semangat yang baru.