Activities

29 April 2024

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPKKT & GPFP 2024

Terima Kasih tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini dari pagi sehinggalah petang. Tetamu di hidangkan dengan pelbagai jenis juadah Hari Raya seperti, nasi minyak, ketupat, lemang, rendang, laksa, sate, kambing golek, kuih muih dan pelbagai pencuci mulut. Terima kasih juga kepada urusetia yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini, dengan menghiasi gerai-gerai juadah serta menyiapkan persiapan tempat untuk memastikan majlis berjalan lancar.