Activities

22 April 2024

Kursus Teknik Tebangan Pokok Secara Berarah

KPKKT dengan kerjasama Pusat Latihan Perhutanan Terengganu (PLPT) telah menganjurkan Kursus Teknik Tebangan Pokok Secara Berarah dilaksanakan pada 22-24 April 2024 yg bertempat di KPKKT untuk pembelajaran tori dan melaksanakan amali di DTC.Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada staff pemantau di lapangan dan kontraktor berkenaan tujuan pelaksanaan teknik tebangan pokok secara berarah dan keperluannya dalam pematuhan pensijilan Forest Stewardship Council (FSC) dan Pensijilan Pengurusan Hutan MC &I (SFM).Ia juga akan memberi pendedahan berkenaan kaedah yang betul dan selamat dalam melaksanakan kerja-kerja penebangan pokok di hutan, memberikan kemahiran asas melaksanakan tebangan pokok secara berarah serta meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan dan peralatan kerja yang perlu dipatuhi.