Activities

4 April 2024

Quarter 1 2024 Result Review

KPKKT telah membuat pembentangan prestasi suku tahun pertama 2024 kepada semua kakitangan bagi memberi pendedahan kedudukan prestasi sebenar syarikat. KPKKT mencatat prestasi lebih baik daripada suku tahun pertama 2023. Prestasi pengeluaran Q1 2024 mencatat rekod 100% manakala 58% bagi Q1 2023. Prestasi ini amat membanggakan syarikat dari hasil usaha yang padu dan kerjasama yang erat antara pasukan KPKKT walaupun banyak cabaran dan halangan yang dihadapi. Banyak perbincangan, cadangan dan persoalan dapat dibincang bersama-sama untuk kita laksanakan pada suku tahun seterusnya untuk memacu KPKKT ke arah yang lebih baik yang akhirnya memberi manfaat keseluruhannya buat Negeri Terengganu. Sesi perbentangan ini dilihat mampu memberi impak positif kepada syarikat dan memupuk kebersamaan di antara kakitangan dan perlu diteruskan pada sesi yang akan datang.