Activities

31 March 2024

Ifthar Jama'ie KPKKT 1445h

Majlis Ifthar Jamai'e KPKKT yang telah diadakan pada 20 Ramadhan 1445H yang bertempat di Perkarangan pejabat KPKKT dengan lebih 150 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Ustaz Saiful Bahri, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPKKT, kerana sudi memeriahkan majlis kita ini. Turut hadir bersama dalam majlis ini, ahli-ahli lembaga pengarah KPKKT, Pemangku, CEO Golden Pharos Berhad, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, YB Bukit Besindan Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan (PHDTS) serta Warga Pejabat Renj Durian Mas dan Cheneh. Yang diraikan, Adik-adik Pelajar Asrama Pra Tahfiz Perkaya Dungun, Pelajar PPDK Bukit Besi serta Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau sekitar DTC dan seterusnya warga kerja KPKKT.