Activities

11 March 2024

Takwim Ramadhan 1445H

Sempena Ramadan yang bakal tiba esok, KPKKT mengambil peluang untuk mengagihkan takwim ramadan di semua Masjid dan Surau di sekitar Konsesi yang diuruskan oleh KPKKT.Takwim tersebut juga dijadikan sebagai salah satu bahan kempen untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan untuk menjaga kelestarian hutan dengan menyelitkan mesej kepada masyarakat. Takwim juga turut diagihkan kepada anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Golden Pharos Berhad dan agensi yang berkaitan.