Activities

23 February 2024

Kunjungan Hormat Ke FRIM

KPKKT telah mengadakan kunjungan hormat ke Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Ybhg. Dr Ismail Parlan yang diketuai oleh Dr MZaki Hamzah, CEO Golden Pharos Berhad di Kepong, Selangor .Banyak agenda yang dibincangkan bersama bagi memastikan kelestarian hutan terus diperkasakan di Negeri Terengganu khususnya di Konsesi yang diuruskan oleh KPKKT. Kerjasama yang baik akan dilaksanakan bersama yang akan menjadikan FRIM sebagai rakan strategik bagi pengurusan hutan di DTC & CFC.