Social Responsibility

7 March 2024

Agihan Zakat Wakalah Rumah Ehsan Dungun

Sebahagian Zakat wakalah berjumlah RM5,000 telah disumbangkan kepada Rumah Ehsan Bandar Al-Muktafi Billah, Dungun yang diterima oleh YB Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, Setiausaha Ahli Lembaga Pelawat Rumah Ehsan Dungun merangkap Adun Bukit Besi, sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban golongan asnaf warga Rumah Ehsan. Kini, rumah ehsan dungun dihuni oleh lebih 80 orang penghuni yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa serta taraf kesihatan. Mereka disini dijaga dengan sangat baik baik dari segi pemakanan, perubatan, kesihatan dan pengurusan diri.