Social Responsibility

18 February 2024

Agihan Zakat Wakalah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Paka

Sebahagian Zakat wakalah berjumlah RM30,000 telah disumbangkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Paka yang diterima oleh Ustaz Muhammad Wirdan Bin Shahidan, Pegawai Penyelaras PKM Paka, sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban golongan asnaf warga Dun Paka, Dungun, Terengganu. Majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Dun Paka itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar KPKKT, Encik Ahmad Bazli Razali, disaksikan oleh YB Dato' Ustaz Saiful Bahri Bin Mamat, ADUN Paka, merangkap Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu dan ketua-ketua jabatan, petang tadi