Social Responsibility

5 February 2024

Agihan Zakat Wakalah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi

Sebahagian Zakat wakalah berjumlah RM20,000 telah disumbangkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi yang diterima oleh YB Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, ADUN Bukit Besi, sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban golongan asnaf warga Dun Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Dun Bukit Besi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar KPKKT, Encik Ahmad Bazli Razali sambil disaksikan oleh ketua-ketua jabatan, petang tadi.