Social Responsibility

TRAINING & RECRUITMENT

YEAR 2024

Training Schedule

22 April 2024
(3 Days)

1

KURSUS TEKNIK TEBANGAN POKOK SECARA BERARAH
Pejabat KPKKT, Bukit Besi & Hutan Simpan Jengai
KPKKT dengan kerjasama Pusat Latihan Perhutanan Terengganu (PLPT) telah menganjurkan Kursus Teknik Tebangan Pokok Secara Berarah dilaksanakan pada 22-24 April 2024 yg bertempat di KPKKT untuk pembelajaran tori dan melaksanakan amali di DTC. Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada staff pemantau di lapangan dan kontraktor berkenaan tujuan pelaksanaan teknik tebangan pokok secara berarah dan keperluannya dalam pematuhan pensijilan Forest Stewardship Council (FSC) dan Pensijilan Pengurusan Hutan MC &I (SFM). Ia juga akan memberi pendedahan berkenaan kaedah yang betul dan selamat dalam melaksanakan kerja-kerja penebangan pokok di hutan, memberikan kemahiran asas melaksanakan tebangan pokok secara berarah serta meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan dan peralatan kerja yang perlu dipatuhi.

2 February 2024
(3 Days)

2

TEAM BUILDING KPKKT 2024
Cheringin Hill, Janda Baik, Pahang
KPKKT telah menganjurkan satu team building pada 2-4 Februari 2024, di Cherengin Hills, Janda Baik. Kursus ini diadakan adalah bagi tujuan merapatkan lagi hubungan dan mengecilkan jurang diantara semua pekerja merentas Jabatan di KPKKT. Semoga dengan berakhirnya program ini semua pekerja dapat menerapkan manfaat dan ilmu yang dipelajari selama 3 hari ini.

31 January 2024
(2 Days)

3

SUSTAINABILTY REPORT WORKSHOP
Permai Hotel, Kuala Terengganu
Kumpulan Golden Pharos Berhad dalam proses menyediakan Sustainability Report untuk Laporan Tahunan GPB. Pendedahan mengenai hal-hal alam sekitar, sosial dan tadbir urus ("laporan ESG"), diwajibkan oleh Bursa Malaysia untuk menyediakan bukti ketelusan dan akauntabiliti dalam keputusan dan operasi perniagaan kepada pelabur. Untuk memastikan pemahaman yang lebih baik tentang kepentingan pelaporan ESG dan perkara yang perlu dilakukan untuk mematuhi keperluan Bursa Malaysia, KPKKT turut dijemput untuk menghadiri Bengkel Sustainability Report.

24 January 2024
(2 Days)

4

BASIC FIRE FIGHTING (BFF) & EMERGENCY RESPONSE PLAN AND PREPAREDNESS (ERP)
Holiday Villa & Resort, Cherating, Pahang
Kursus telah disampaikan oleh Tuan Iskandar dari CERT Academy - Leading Academy for Emergency, Safety & Health yang berpengkalan di Puchong, Selangor. Peserta diberi pendedahan mengenai asas pengurusan kebakaran, serta pelan tindakan & persediaan kecemasan. Pendedahan diberikan dgn menggunakan peralatan sebenar melalui simulasi kecemasan berdasarkan teori yang telah dipelajari.

ARCHIVE

Courses And Trainings