Social Responsibility

TRAINING & RECRUITMENT

YEAR 2023

Training Schedule

19 December 2023
(1 Days)

1

STAKEHOLDERS ENGAGEMENT 2023
Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
The Stakeholders Engagement 2023 program held at Paya Bunga Hotel in Kuala Terengganu served as a pivotal platform for fostering collaboration and exchange within the realm of sustainable forestry. With a primary objective to disseminate knowledge, raise awareness, and facilitate sharing sessions, the event brought together an array of participants including community leaders, government agencies, and various stakeholders invested in environmental conservation. Against the backdrop of Terengganu's lush landscapes, the program ignited meaningful discussions, fostering innovative approaches and partnerships aimed at preserving and nurturing our invaluable natural resources for generations to come.

7 December 2023
(1 Days)

2

TAKLIMAT AKTA PERHUTANAN & PROSES PENDAKWAAN KESALAHAN HUTAN DAN TAKLIMAT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
Bilik Mesyuarat KPKKT, Bukit Besi
Taklimat ini bertujuan untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam kerja2 seharian berkaitan Perhutanan dan Keselamatan pekerja semasa melakukan kerja2 di lapangan atau di pejabat. Taklimat ini juga dijadikan rutin latihan tahunan bila tiba musim tengkujuh untuk mengambil masa terluang staff yang tidak dapat masuk bekerja di lapangan kerana hujan. Taklimat berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah disampaikan oleh Tuan Nik Nur Hafizi, Pengerusi GPGOSH, merangkap pengurus OSH Pesama Timber Corporation , manakala Taklimat Akta Perhutanan dan Proses Pendakwaan Kesalahan Hutan di sampaikan oleh Puan W. Norakma W. Yusoff, Penolong Pengarah Perundangan & Pendakwaan, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu -JPNT.

19 October 2023
(1 Days)

3

PENILAIAN PENGETAHUAN OPERASI (PPO)
Bilik Mesyuarat KPKKT, Bukit Besi
Tujuan PPO diadakan adalah untuk mengukur sejauhmana pengetahuan pekerja-pekerja terhadap kerja-kerja yang dilakukan dilapangan. Pihak pengurusan akan menganalisa hasil dari PPO ini dan dijadikan asas untuk merangka program yang boleh meningkatkan pengetahuan tersebut.

20 June 2023
(1 Days)

4

SEMINAR GLOBAL TIMBER INDEX (GTI) FOR THE MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY
Malaysia International Trade And Exhibition Center (MITEC), Kuala Lumpur.
KPKKT selaku pemain industri perkayuan telah dijemput untuk menghadiri Seminar on Global Timber Index ( GTI ) for the Malaysian Timber Industry pada 20 Jun 2023 di Malaysia International Trade And Exhibition Center (MITEC), Kuala Lumpur. Seminar ini telah dianjurkan oleh Kementerian Perladangan Dan Komuniti bersama Majlis Kayu- Kayan Malaysia (MTC) yang bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan status pelaksanaan Platform GTI serta impaknya kepada industri perkayuan negara. Malaysia merupakan salah satu negara ahli ITTO daripada 74 buah negara pengeluar dan pengguna kayu tropika. ITTO merupakan organisasi antara kerajaan yang mempromosikan usaha pengurusan dan pemuliharaan hutan tropika yang mampan serta perdagangan antarabangsa kayu dan produk kayu tropika secara sah.

13 June 2023
(1 Days)

5

TAKLIMAT PEMANTAPAN USAHASIL BERSAMA KONTRAKTOR
Tapak Kongsi, Kompatmen 88 HS Jengai
Sesi taklimat pemantapan usahasil bersama beberapa kontraktor usahasil kawasan konsesi KPKKT. Komunikasi yang baik mampu menghasilkan kerja yang mantap dan baik dalam memajukan sesebuah organisasi. Dengan taklimat ini, ianya dapat menambahbaik prosidur kerja semasa, mencari solusi perkara berbangkit dan menambah ilmu pematuhan kerja-kerja hutan.

7 June 2023
(1 Days)

6

GPB GROUP INTEGRITY DAY
Wisma TI, Chendering, Kuala Terengganu
Satu ceramah integriti telah disampaikan oleh Thinagaren a/l Vejian, Ketua Unit Pemeriksaan & Perundingan SPRM Terengganu dengan memberi pendedahan dan penerangan berkaitan salahlaku rasuah dalam syarikat. Ikrar bebas rasuah juga telah di lafazkan oleh semua hadirin yang diketuai oleh Encik Suhairi Sulong, SGM Permint Plywood Sdn Bhd dan diiringi oleh semua ketua2 syarikat di bawah Kumpulan GPB. Program tersebut juga telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Dr MZaki Hamzah, CEO GPB sempena Pertandingan Video Pendek dan E-Poster Integriti 2022 yang mana KPKKT telah memenangi Tempat Ke-2 bagu Video Pendek dan Puan Nurul Saerah, dipilih menjadi 3 peserta terbaik bagi kategori E-Poster. Program sebegini dilihat memberi impak dan kesedaran yang positif kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas2 harian supaya lebih efisien dan beramanah ke arah memacu integriti yang terbaik.

15 March 2023
(2 Days)

7

INTERNATIONAL CONFERENCE TIMBER CERTIFICATION: EXPLORING FUTURE FRONTIERS
Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Program ini telah dianjurkan oleh Malaysian Timber Certification Council dengan kerjasama Malaysian Timber Industry Board & Malaysian Timber Council - MTC. Program ini telah memberi gambaran keseluruhan tentang pengalaman yang telah diperolehi dalam pelaksanaan MTCS di Malaysia dan juga perkongsian pengalaman negara lain dalam pelaksanaan pensijilan hutan. Ianya dapat meneroka idea untuk mengarusperdanakan pensijilan hutan melalui penerimaan yang lebih besar oleh industri dalam perdagangan dan pasaran kayu global dan domestik.

12 February 2023
(4 Days)

8

KURSUS ASAS PENGENDALIAN JENTERA LOG FISHER SIRI 2
Pusat Latihan Perhutanan Terengganu, Hulu Terengganu
Seramai 20 orang team KPKKT telah menyertai kursus ini untuk di aplikasikan dalam operasi di kawasan yang bercerun.

5 February 2023
(4 Days)

9

KURSUS ASAS PENGENDALIAN JENTERA LOG FISHER SIRI 1
Pusat Latihan Perhutanan Terengganu, Hulu Terengganu
Seramai 20 orang team KPKKT telah menyertai kursus ini untuk di aplikasikan dalam operasi di kawasan yang bercerun.

ARCHIVE

Courses And Trainings